Assalamualaikum my blog...hari ni nina nak share something berkaitan dengan aurat..nina ada baca dlm facebook so nina nak share apa nina baca,bak kata omputih la sharing is caring....hehehhehe.so jom kiter baca sama2
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Segala
puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat
junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan
pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Salah
satu perkara wajib yang di perintakkan oleh Allah SWT kepada para
hamba-Nya adalah menutup aurat. Kewajipan menutup aurat tidak ada
bezanya dengan kewajipan menunaikan solat, puasa, zakat dan haji. Di
dalam al-Quran surah a-Nur ayat 31 dan surah al-Ahzab ayat 59 jelas
menyatakan kewajipan menutup aurat untuk wanita muslim yang telah sampai
akil baligh.
Ramai wanita muslim hari ini tidak mengambil
berat dengan memakai pakaian menutup aurat dengan sempurna. Ramai di
antara mereka lebih suka dan terpengaruh dengan ciri-ciri pakaian yang
berfesyen semasa terutama fesyen yang datangnya daripada barat.
Islam
tidak melarang jika sekiranya wanita muslim ingin menggunakan fesyen
terkini di zaman moden ini tetapi pakaian tersebut biarlah digunakan
daripada kain yang tidak terlalu nipis dan reka bentuk pakaian tersebut
mestilah menutup seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan , tidak
terlalu ketat hingga menampakkan bentuk tubuh badan.
Corak dan warnanya perlulah sederhana tidak terlalu cerah hingga mendatangkan daya tarikan kepada orang yang melihatnya.
Jika
syarat-syarat tersebut di patuhi maka tidak menjadi masaalah wanita
muslimah menampilkan diri dengan pakaian yang memenuhi cita rasa semasa
pada masa yang sama tidak bercangah dengan syariat Islam.
Sahabat yang dimuliakan,
Untuk
perbincangan lebih lanjut mengenai aurat wanita perlulah di jelaskan di
sisi beberapa kesilapan wanita tentang aurat supaya kita dapat mencari
kesilapan tersebut dan dapat di perbaikinya.
Terdapat beberapa kesilapan wanita tentang aurat :
Pertama : Wanita menganggap aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
Kedua : Bertudung tetapi ber' T-Shirt' berlengan pendik.
Ketiga : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
Keempat : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.
Kelima : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
Keenam : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
Ketujuh : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
Kelapan : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
Kesembilan : Kesalahan bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.
Kesepuluh : Memakai baju kurung tetapi dipergelangan tangan tidak dipinkan hingga menampakkan kulit lengan.
Kesemua
jenis berpakaian yang disebut di atas adalah diharamkan secara sepakat
seluruh ulama Islam. Pengarahan ini tertuju kepada perempuan-perempuan
mukminah, dimana mereka dilarang keras membuka atau menampakkan
perhiasannya yang seharusnya disembunyikan, misalnya: perhiasan telinga
(anting-anting), perhiasan rambut (sanggul); perhiasan leher (rantai),
perhiasan dada (belahan dadanya) dan perhiasan kaki (betis dan gelang
kaki). Semuanya ini tidak boleh dinampakkan kepada laki-laki lain.
Mereka hanya boleh melihat muka dan kedua tapak tangan yang memang ada
rukhsah untuk dinampakkan.
Sahabat yang dimuliakan,
Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat itu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali.
Firman
Allah SWT yang bermaksud :"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya
sampai ke dadanya, dan janganlah kamu mendedahkan aurat dan perhiasan
kamu kecuali apa yang terzahir"(Surah an-Nur ayat 31)
Setiap
perempuan Islam wajib menutup kepalanya dengan tudung dan bahagian
dadanya termasuk juga leher, sehingga semua tempat-tempat yang boleh
membawa fitnah tertutup dari perkara yang memungkinkan dilihat oleh
orang-orang yang jahat hatinya.
Menurut Syeikh Dr Yusof
Al-Qaradawi yang dimaksud 'perhiasan' perempuan dalam ayat itu pula,
iaitu apa saja yang dipakai berhias dan untuk mempercantik tubuh, baik
berbentuk ciptaan asli seperti wajah, rambut dan potongan tubuh, ataupun
buatan seperti pakaian, perhiasan, make-up dan sebagainya.
Dalam
ayat di atas Allah memerintahkan kepada orang-orang perempuan supaya
menyembunyikan perhiasan tersebut dan melarang untuk dinampak-nampakkan.
Allah tidak memberikan pengecualian, melainkan apa yang terzahir. Oleh
kerana itu para ulama kemudian berbeza pendapat tentang erti apa
terzahir itu serta ukurannya.
Misalnya sahabat besar Nabi SAW
seperti Ibnu Abbas r.a, ia berkata dalam menafsirkan apa yang terzahir
itu adalah : celak dan cincin.
Yang berpendapat seperti ini ialah
sahabat Anas bin Malik. Justeru, harus dilihat celak dan cincin wanita,
bererti boleh dilihatnya juga kedua tempatnya pemakaiannya, iaitu muka
dan kedua tapak tangan. Demikianlah apa yang ditegaskan oleh ulama
tabien seperti Said bin Jubair, 'Atha', Auza'i dan lain-lain.
Bagaimanapun
Ummul Mukminin Aisyah r.ha, Qatadah dan lain-lain menisbatkan gelang
sebagai perhiasan yang boleh dilihat. Dengan demikian, maka tempat letak
gelang iaitu di pergelangan tangan adalah dibolehkan jika tiada fitnah.
Tetapi berkenaan batasnya dari pergelangan sampai ke siku, masih
diperselisihkan. Seeloknya di jauhi dari mendedahkannya.
Menurut
Syeikh Al-Qaradawi juga, ini tidak sama dengan make-up dan cat-cat yang
biasa dipakai oleh perempuan-perempuan zaman sekarang untuk memakai
gincu dan bedak merah di pipi serta kuku. Make-up ini semua termasuk
berlebih-lebihan yang sangat tidak baik, yang tidak boleh dipakai
kecuali di dalam rumah. Sebab perempuan-perempuan sekarang memakai itu
semua di luar rumah, adalah untuk menarik perhatian laki-laki. Jadi
jelas hukumnya adalah haram.
Namun, kiranya sesempurna mungkin
seorang muslimah harus bersungguh-sungguh untuk menyembunyikan
perhiasannya, demi menjaga meluasnya kerosakan dan banyaknya kefasikan
di zaman kita sekarang ini. Lebih-lebih kalau perempuan tersebut
mempunyai paras yang cantik yang sangat dikawatirkan akan menimbulkan
fitnah.
Firman Allah SWT maksudnya : "Dan hendaknya mereka itu
tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami
atau ayahnya." (Surah an-Nur ayat 31)
Sahabat yang dihormati,
Amat
jelas dari dalil al-Quran dan al-Hadis bahawa Islam mengharamkan
perempuan memakai pakaian yang membentuk dan nipis sehingga nampak
kulitnya. Termasuk diantaranya ialah pakaian yang dapat menampakkan
bahagian-bahagian tubuh, khususnya tempat-tempat yang membawa fitnah,
seperti: buah dada, paha, dan sebagainya.
Dalam hadisnya yang
diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Ada
dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu:
1.
Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat
memukul orang (penguasa yang kejam); 2. Perempuan-perempuan yang
berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan
mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat , rambutnya sebesar
punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat
akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh
perjalanan demikian dan demikian ." (Hadis Riwayat Muslim)
Dr.
Yusof Al-Qardawi menafsirkan hadis di atas, katanya : "Mereka dikatakan
berpakaian, kerana memang mereka itu melilitkan pakaian pada tubuhnya,
tetapi pada hakikatnya pakaiannya itu tidak berfungsi menutup aurat,
kerana itu mereka dikatakan telanjang, kerana pakaiannya terlalu tipis
sehingga dapat memperlihatkan kulit tubuh, seperti kebanyakan pakaian
perempuan sekarang ini." ( Kitab Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusof
Al-Qaradawi)
Perkataan 'bukhtun' adalah salah satu macam daripada
unta yang mempunyai kelasa (punuk) besar; rambut orang-orang perempuan
seperti punuk unta tersebut kerana rambutnya ditarik ke atas.
Disebalik
perkara ghaib, seolah-olah Rasulullah SAW melihat apa yang akan
terjadi di zaman sekarang ini yang kini diwujudkan dalam bentuk dandanan
rambut, dengan pelbagai macam bentuk dalam salon-salon kecantikan,
lebih parah pula apabila kaum lelaki pula yang bekerja di salon seperti
ini.
Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan, saudaranya iaitu Asma'
binti Abu Bakar pernah masuk di rumah Nabi SAW dengan berpakaian jarang
sehingga tampak kulitnya. Kemudian baginda SAW berpaling dan mengatakan:
"Hai
Asma'! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah haidh (cukup
umurnya), tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini
-- sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya." (Hadis Riwayat Abu
Daud)
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Allah sentiasa merahmati
para wanita yang memakai seluar panjang (di sebelah dalamnya)." (Hadis
Riwayat Al-‘Uqayli, Dar Qutni dari Abu Hurairah, Musannaf Abd Razak, no
5043; Kanzul Ummal, no 41245) .
Menurut Imam Mujahid, hadis ini
berlaku di satu ketika ada seorang wanita jatuh dari kenderaannya
sehingga terselak kainnya di hadapan Nabi dan para sahabat, maka dengan
segera Nabi SAW memalingkan wajahnya, maka para sahabat berkata dia
(wanita itu) memakai seluar. Lalu sebagai respon Rasulllah SAW memuji
dan menyebut hadis di atas. (Al-Bayan wa At-Ta'rif, Ibn Hamzah
al-Husyani, 3/ 252, no 1831)
Berdasarkan dalil ini juga, bermakna
Allah sentiasa melaknati wanita yang tidak berseluar panjang (di
sebelah dalamnya) semasa naik kenderaan. Demikian menurut kaedah Mafhum
Mukhalafah di dalam ilmu Usul Fiqh.
Perlu diingat bahawa wanita
muslim perlu menjaga suaranya kepada lelaki yang bukan mahramnya.
Walaupun seorang wanita bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya
tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. sama
ada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yang sesuai buat wanita
menerusi nyanyian kerana sesaat sahaja ia berada di atas pentas dengan
pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya..kita tidak
tahu dimanakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga
membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun
penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan.
Larangan
ini datang dari Firman Allah SWT yang bermaksud : "Janganlah
perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan
menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit." (Surah al-Ahzab
ayat 32)
Sahabat yang dikasihi,
Marilah
sama-sama kita memberi nasihat kepada kaum muslimat semua samaada
isteri, ibu, kakak, adik perempuan, ibu saudara , saudara mara perempuan
dan rakan-rakan di pejabat agar mereka sentiasa menutup aurat yang
sempurna.
Berdasarkan dalil Al-Quran dan al-hadis,
amat jelas bahawa isu aurat bukanlah isu remeh dan cabang. Ia adalah
termasuk dalam katergori hukum qati'e dan usul. Malah ia juga merupakan
salah satu dosa utama yang amat diperjuangkan oleh syaitan. Ini adalah
kerana, dengan terbukanya aurat, maka ia boleh mencambahkan dosa-dosa
lain seperti zina, mengandung anak luar nikah, bercerai suami isteri
akibat curang, membunuh anak luar nikah, putusnya hubungan keluarga dan
pelbagai lagi. Perihal syaitan mensasarkan dosa 'buka aurat' ini sebagai
dosa pilihan utamanya ada disebutkan dalam Al-Quran dari firman Allah
SWT maksudnya :
" Maka syaitan membisikkan fikiran jahat kepada
keduanya untuk menampakkan kepada keduanya yang tertutup dari mereka
iaitu auratnya .."
(Surah Al-A'raf ayat 20)
" Wahai anak Adam,
telah kami turunkan buat kamu pakaian yang boleh menutup aurat-aurat
kamu dan untuk perhiasan" (Surah Al-A'raf ayat 26)
Amat jelas
dari ayat ini, penutupan aurat ditujukan kepada sesiapa sahaja yang
termasuk dalam kategori anak Adam iaitu manusia. Justeru barangsiapa
yang berpaling dari arahan ini, secara langsung ia menjatuhkan tahapnya
selari dengan makhluk lain yang tiada cukup kemampuan dan akal bagi
menjalankan arahan penutupan aurat.
Sesungguhnya Allah itu Maha
Adil dan Maha Pengasih. Segeralah mendapatkan kasih sayang Allah dengan
mentaatinya. Bagi yang berdegil, tiada kata yang dapat diberikan kecuali
; Yakinilah bahawa Allah itu benar, RasulNya juga benar, syurga dan
neraka juga benar. Sesungguhnya salah satu ciri-ciri ahli syurga adalah
akhlak, perbuatan, percakapan dan pakaiannya memenuhi kehendak syariat
Allah SWT.
 |
| selama nie byk jgk ksalahan pakaian harian kiter.... |