Gerak langkahmu memikat hati,
Lirik senyummu manis sekali,
Namun ini aku menyedari,
Ia adalah ranjau berduri.
Lirik senyummu manis sekali,
Namun ini aku menyedari,
Ia adalah ranjau berduri.
Senyumanmu itu racun berbisa,
Mengugat naluri menggoda jiwa,
Walau rupamu amat menawan,
Namun ku tetap pilih yang beriman.
Mengugat naluri menggoda jiwa,
Walau rupamu amat menawan,
Namun ku tetap pilih yang beriman.
Ranjau Menawan - NowSeeHeart
Dahulu
muslimat mungkin merupakan cabaran yang besar yang dapat meruntuhkan
keimanan seorang muslimin. Namun hari ini, ketahuilah wahai muslimin,
anda merupakan cabaran yang besar bagi muslimat dalam memagari diri di
dalam rumah 'solehah'. Saban hari ada sahaja penjaja-penjaja cinta yang
melalui halaman rumah 'solehah' ini, yang membuatkan kadang-kadang,
muslimah ini teruja untuk melihat 'apakah yang dijual mereka?'.
Ketahuilah wahai muslimin,
Kami memagari diri kami,
Agar kamu (wahai muslimin) dapat istiqamah dalam perjuanganmu,
Kami mengeraskan kelembutan kami,
Agar kamu mampu fokus dalam gerak langkahmu,
Kami lari dari fitrah azali kami,
Agar tidak terganggu imanmu,
Namun mengapa kamu masih mengusik hati serta keimanan kami?
Sedang kita perlu saling bantu-membantu dalam menjaga iman masing-masing.

Agar
gerak kerja kita dalam perjuangan ini tidak terganggu. Sekiranya kamu
sering menganggu iman kami, maka kelemahan kami yang terserlah pula
akan menganggu imanmu. Dan akhirnya kita bersama-sama jatuh ke tempat
yang binasa. Na'uzubilahi min zalik!
Apabila
kamu melihat ada muslimat yang solehah, atau yang sedang mengadaptasi
sifat 'solehah' dalam diri. Jangan kamu ganggu mereka dengan kata-kata
manismu, jangan kamu ganggu iman mereka dengan menguji sejauh mana
tahap 'solehah' mereka. Apakah kamu tegar kehilangan bunga-bunga
'solehah' yang bakal mengindahkan dunia Islam ini?.
Kami
sendiri pelik, apabila ada muslimin yang mengirimkan article tentang
'ikhtilat', sebagai peringatan buat muslimat. Tetapi kemudiannya
muslimin itu sendiri menghantar mesej,
'Hati-hati ye balik, kalau terjatuh,bangun sendiri, hehe'.
'Hati-hati ye balik, kalau terjatuh,bangun sendiri, hehe'.
Atau
mungkin apa sahaja perbuatan atau perkataan yang boleh mengundang
dosa. Jangan menipu diri sendiri muslimin hanya dengan bertopengkan
ilmu kepalsuan.
"Owh maksud saya tu, jaga diri. Awak jangan su'uzhon",
"Saya tak nak lah rasa ikhtilat ni terlalu formal kita biasa-biasa je "
"Saya tak nak lah rasa ikhtilat ni terlalu formal kita biasa-biasa je "
Apa sebenarnya yang kamu (wahai muslimin) cari?
Kamu mahu kami menjadi muslimah solehah, tapi kamu tidak membantu kami ke jalan itu,
Malah kamu sering menganggu 'perhatian' kami.
Atau mungkin kamu ingin kami jadi muslimah yang hipokrit? Di depan semua orang, ikhtilat, aurat, ibadah semua dijaga,
Tetapi di belakang orang,kami hanya memiliki abu-abu iman yang ringan, yang tidak berguna.

Ketahulah wahai muslimin,
Kita memerlukan kekuatan satu sama lain,
Dalam memangkin perjuangan ini,
Jika salah satu dari kita lemah dalam mempertahankan iman,
Ia akan memberi kesan kepada keduanya.
Kita memerlukan kekuatan satu sama lain,
Dalam memangkin perjuangan ini,
Jika salah satu dari kita lemah dalam mempertahankan iman,
Ia akan memberi kesan kepada keduanya.
ketahuilah wahai muslimin
kami ingin menjadi isteri yang solehah, juga ibu yang dapat menjadi qudwatun hasanah,
Bagi melahirkan mujahid dan mujahidah,
kami memerlukan seorang suami yang soleh sebagai ketua keluarga,
Jadikan kami ini selayaknya untuk kamu,
Dan kamu selayaknya untuk kami.

ok...ni nina ambik dr blog kawan nina......kalu nk baca byk lg yg best.....just go dis blog
http://shud-realitikehidupan.blogspot.com/search?updated-max=2011-05-04T16:06:00%2B08:00&max-results=5&start=20&by-date=false
No comments:
Post a Comment